Wednesday, August 26, 2009

Kartika..oohh..kartika

Haru biru dah jadinya sekarang ini, pesalah dah mengaku dan insaf serta rela dengan hati yang terbuka untuk menerima hukuman sebat kerana beliau ingin jadikan hukuman yang diterima itu menjadi pengajaran bagi umat islam agar tidak melakukan kesilapan yang serupa, ini merupakan satu pesan yang amat baik bagi umat islam di malaysia kerana sebelum ini cuma bayar duit pas tu boleh minum balik tak feel ape-ape pun.

Masalahnya sekarang ianya dah jadi perbalahan pendapat dikalangan Ulama, Pemimpin dan masyarakat bila hukuman itu tangguhkan sedangkan pesalah tetap mahu meneruskannya, persoalannya sekarang kita buat undang-undang syariah ini hanya untuk main-main ke? atau nak tunjuk kita ada hukum syariah, dan pesalah yang diberi hukuman yang popular aje, sepatutnya bila kita dah ada hukuman, pelaksanaannya juga perlu dibuat persediaan walaupun belum ada yang kena, PM pun kena faham, KDN kenapa buat persiapan, tak pakar rujuk lah ulama yang ramai kat Malaysia ini, JAIP teruskan, jangantangguh-tangguh, hormatilah kehendak KARTIKA SARI DEWI kerana ramai dikalangan kita tidak mengakui akan kesalahan kita, walau sekecil kuman sebaliknya mencari alasan untuk menunjuk yang kita tak bersalah, ini merupakan satu dalam seribu.

No comments: