Sunday, August 30, 2009

susah cari makan...







tadi teman gi pasar minggu kat kampung teman, maklumler hari minggu ini kot-kot jumpa ikan sungai ker atau asam rom ke boleh ler buat jaudah berbuka petang ini, pas tu berjumpa ler tokey-tokey yang berniaga disana, dulu teman rajin gak sembang dengan diorang semasa teman masih dikampung, ada cam-cam cite yang diorang bagi tau dan yang paling teman sayu bila tanya pasal business diorang, "sekarang cari makan mayak sosah loh, sana kedai ada masa 3 hali pon 1 sen tak lak masuk", rasanya ekonomi dah makin baik tapi kenapa peniaga menghadapi masalah untuk memajukan perniagaan diorang, apek tu cakap kalau dulu cukup senang berniaga, pasti ada orang beli, kini pelbagai promosi pun tak laku...mayak sosah loh..ape yang kita boleh buat ye??? kain baju yang diorang jualpun murah gak kalau dibandingkan dengan emporium atau shop komplek?? atau masyarakat kita dah banyak sangat duit tak macam dulu...dulu belanja sekolah 30sen dah kira kaya dah...kini Rm1..Rm2...rasanya tak cukup kot??? fikir-fikir ler ....gambar apek tu yang aku bagi kau tengok..sebagai bukti.

Wednesday, August 26, 2009

Kartika..oohh..kartika

Haru biru dah jadinya sekarang ini, pesalah dah mengaku dan insaf serta rela dengan hati yang terbuka untuk menerima hukuman sebat kerana beliau ingin jadikan hukuman yang diterima itu menjadi pengajaran bagi umat islam agar tidak melakukan kesilapan yang serupa, ini merupakan satu pesan yang amat baik bagi umat islam di malaysia kerana sebelum ini cuma bayar duit pas tu boleh minum balik tak feel ape-ape pun.

Masalahnya sekarang ianya dah jadi perbalahan pendapat dikalangan Ulama, Pemimpin dan masyarakat bila hukuman itu tangguhkan sedangkan pesalah tetap mahu meneruskannya, persoalannya sekarang kita buat undang-undang syariah ini hanya untuk main-main ke? atau nak tunjuk kita ada hukum syariah, dan pesalah yang diberi hukuman yang popular aje, sepatutnya bila kita dah ada hukuman, pelaksanaannya juga perlu dibuat persediaan walaupun belum ada yang kena, PM pun kena faham, KDN kenapa buat persiapan, tak pakar rujuk lah ulama yang ramai kat Malaysia ini, JAIP teruskan, jangantangguh-tangguh, hormatilah kehendak KARTIKA SARI DEWI kerana ramai dikalangan kita tidak mengakui akan kesalahan kita, walau sekecil kuman sebaliknya mencari alasan untuk menunjuk yang kita tak bersalah, ini merupakan satu dalam seribu.

Monday, August 24, 2009

Ape dah Jadi.....?

Ape dah jadi, sorang lagi exco keluar parti???

ape dah jadi, mat radzhi menyusahkan diri??

ape dah jadi, orang kata dapat duit banyak lagi??

(kauorang ikut rentak lagu TS SM Salim..)


Kalau dulu Othman Jailu dan Postor Jamaludin Mohd Radzi merupakan exco yang keluar dari PKR dan jadi bebas, kini Mohd Radzhi Salleh pulak..(nama lebih kurang aje.. PKR kena hati-hati kalau ada anak beranak yang nama hampir sama kena betul scan test cam buat scan untuk H1N1, maklum ler virus dah banyak kini..) keluar jadi bebas dan seperti biasa ler jawapan orang politik, dah kena beli tu atau kita memang dah suruh dia letak jawatan sebab tak perform...dll. persoalannya ape PKR perjuangkan? ape PKR ada? ape PKR rancangkan? Ape PKR lakukan?? dll.. kalau ahli PKR dah tak ikut haluan ketua maknanya ada yang tak kena dengan PKR ni, sekarang ini ler baru nak buat scan calon untuk pilihan raya, jawapannya dah terlambat sebab rakyat dah nak meluat dah, sekejap-kejap pilihanraya tak ada benda lain ke? buat menyusahkan orang kg adaler..sampai hari teman tak nampak ape PKR nak buat, cth di Selangor PKR jadi MB tapi x nampak impak lagi padahal selangor merupakan nadi ekonomi Malaysia...fikir ler sendiri..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan



Salam Ramadhan buat semua umat Islam Sabtu ini kita mulai puasa buatlah amalan yang terbaik bagi diri kita semoga ramadhan kali ini ianya lebih baik dari yang lepas

Monday, August 17, 2009

H1N1..makin menganas...

Kita tau selsema babi dan makin menganas setakat ini 62 orang dah terkorban, masyarakat dah mula panik, sakit ape pun diorang sure gi hospital, sampai hospital bebaris sikit lah punya panjang dan berjam-jam dah lah tu dapat ubat demam, ubat batuk dan selsema kerana antiviral tamiflu ini tak boleh bagi sewenang-wenangnya, masyarakat pulak bising sebab tak tau peraturan penggunaannya dan bimbang takut dah terlambat cam kata menteri kesihatan semalam..adoii serabut kepala...masyarakat minta kerajaan ambil langkah macam Mexico tutup sekolah, universiti, kolej, kelab-kelab hiburan, tiada perhimpunan samada tertutup atau terbuka dan tempat-tempat orang ramai seperti komplek beli-belah, stesyen pengankutan awam dibuat semburan antibakteria, dan Mexico berjaya membendungnya kenapa kita tidak melakukan perkara yang sama.

Alasan pihak kementerian kalau sekolah ditutup pelajar akan berkeliaran, namun kita boleh mengawal mereka terutama ibubapa buat peraturan yang standard agak pergerakan keluar atau aktiviti di luar dilarang terus dalam tempoh tertentu masyarakat akan faham ape yang penting wabak ini dapat dihentikan, takkan kita biar 5 juta rakyat Malaysia menghidapi wabak ini baru nak ambil tindak seperti laporan WHO, itu yang dijangkit bagai mana pulak dengan kematian kalau ambil 0.1% kira-kira 5,000 orang akan mati, sedangkan sekarang dengan jumlah 3,857 kes dah 62 orang, ini dah 1.60%, ada analisa yang dibuat bahawa rakyat Malaysia yang akan mati kerana virus ini akan mencecah sehingga 28,000 orang. Tindakan perlu dilakukan dengan segera jangan biar..kalau terlambat dan tersalah percaturan kerajaan juga akan menanggung akibatnya, walaupun virus ini tidak bahaya tetapi ianya sangat serius...fikir-fikirkan lah...