Friday, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri

Di sini teman ingin memohon maaf dan mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua umat Islam semoga Agama dan Bangsa kita tidak dikotak-katikkan....




"Terbalik"kan gambar Teresa Kok

Bab nie teman sokong sangat, hina ke makan telur rebus tu? pastu cakap ada ikan lak, cakap pun cam chip more "now u see now u don't". sokong pada yang benar.... kalau tak tau penderitaan rakyat jangan sama makan rakyat dengan makan anjing...

Baca ler teman petik dari Al-banjari online...

http://politikbanjar.blogspot.com/2008/09/abo-8-sesudah-subuh-916-terbalikkan.html






albanjari / politik banjar

Sejak 2 hari lalu, 'terasa' benor hati teman ! Terguris, terhiris dan tersinis. Pada mula hati teman gembira sangat-sangat. Iyer ler, teman pun ikhlas sangat-sangat menentang penahanan dan protes untuk 'Mansuhkan ISA !' dan pembebasan 3 makhluk yang ditahan baru-baru ini. Tak cukup buat banner di blog, teman turut juga pasang dan pamerkan protes ISA tu di blog teman, tak cukup lagi tu, teman nyalakan 'lilin' di blog teman. Teman ikhlas ! Keluor ajer wartawan yang ditahan itu, seronok bukan main lagi teman, kerana seorang telah dibebaskan.Tapi teman tak boleh terima bila yang baru bebas dari kena tahan sebut makanan yang selalu teman makan waktu susah, dan keluarga teman susah masa dulu-dulu - macam 'makanan anjing'! itu jer yang teman jadi 'bara' dan 'hangin'. Salah ker bila teman jadi 'emosi' bila ada orang yang sebut makanan yang teman makan macam 'makanan anjing' ? Jika ader manusia tegur teman sedang makan hidangan macam ni (nasi, 2 biji telur rebus dan 2 potong timun) 'hidangan anjing' depan teman, teman penampar dia, bukan sekali penampar mau lunyai muka dia kena penampar dengan teman ! tak percaya ? cubalah ! itu dah kurang ajar !Peribahasa melayu banyak, peribahasa inggeris juga banyak yang lebih sopan nak gambarkan 'soal' makanan selain dari 'makanan anjing' tu jika kita nak gambarkan buruknyer hidangan yang disaji untuk kita. Tapi jangan ler buat perumpamaan baru seperti 'makanan anjing'. DBP pun 'reject' perumpamaan baru yang dicipta oleh beliau tu.Jika Anwar Ibrahim, Hj Hadi, Pak Lah, Ahmad Ismail pun kena 'bantai' jika buat dan sebut tak betoi, inikan pula teresa kok ? Dia siapa ? sampai tak boleh nak ditegur sikit pun ? Dia ada 'daulat' ker ? Dia juga sama macam teman, seorang rakyat, tapi dia diundi oleh rakyat, dan diangkat menjadi pemimpin rakyat, tapi jangan ler kurang ajar cakap macam tu kepada makanan rakyat di kala kesempitan. Pemimpin rakyat akan jaga 'tutur kata'nya. Jangan jadi sombong bila sudah rakyat angkat jadi pemimpin. Korang boleh gelak-gelak (di sidang media) bila dia cakap 'dog food'. Hoi! nak sokong pun 'man-man' la kata sang kutu ! Pakai akai !! bukan akai pakai ! Beza tu !Membaca posting bakaq baru-baru ini menambah sebak dalam dada teman,

(..) makanan yang diberi kepada beliau seperti makanan anjing (lihat juga berita Malaysiakini "Kok tells of her seven days under ISA" dan "Dijamu 'seperti makanan anjing'"). Saya pun tertanya-tanya, menatang apa tu? Teresa lalu menceritakan beliau diberikan nasi, telur rebus dan sepotong dua timun. Saya lalu teringat makanan yang diberikan ketika saya berada dalam lokap dahulu. Barangkali lebih sedikit dari tujuh lapan jemput nasi, ikan temenung (ikan kembung) separuh busuk yang digoreng (kat kampung saya dipanggil ikan medak) dan dua potong timun yang tua bangka dan sudah bersarang. Saya tak kisah sangat. Saya makan ja. Masa kecil-kecil dahulu, setelah pak kembali ke pangkuan Kekasihnya (s.w.t.) dan pendapatan mak pula teramat ciput, lebih kurang itulah makanan kami sekeluarga.."

Hati teman berkata, tak patut benor si 'teres' itu nyebut 'makanan anjing'. Patut ker yop! Takrif si 'teres' tentang hidangan anjing ini ialah 2 biji telor rebuih(rebus) berkuah kari gamaknyer !Untung bebenorlah anjing-anjing si 'teres', dapat makan telur rebus dan mentimun. Mane ler kita tau kut anjing-anjing nya itu turut dibelikannya rumah teres 2 tingkat. Sah ler engko ni langsung tak pernah hidup susah, gini nak jadi pemimpin ? Org mcm nie bila bercakap kita bole hidu mulutnya yg berbau dari jauh lagi walaupun suara belum keluar ! Lu punya mulut manyak busukk maa !Padan sangat muka kau !, kononnya pembela rakyat miskin, rakyat tertindas.

Dia tak tau itulah makanan rakyat miskin. Apa rakyat miskin ni umpama ANJING ke. Pembela rakyat konon. Boleh Blah! - ini yang teman jumpa komen separuh keras dalam posting bakaq. Yang lagi keras bior ler kome pergi godek cari kat sana.Bila teringat cakapnyer Siak Mail, aku jadi lagi sedih ! Sebenornya itulah makanan deme anak beranak,bila putus duit cuma bezanya lauk si 'teres' tu lebih lazat jika dibandingkan dengan telor rebus dengan kicap masin sebotoi RM1.20, yang jadi santapan mereka di rumah. Udah ler masin caiyor(cair) pulak tu ! Untung kau 'teres' dapat juga merasa 'kuah kari'.Teman percaya sungguh, rata-rata orang melayu di kampung, memang itu ler hidangan mereka yang sering dijadikan alas perut anak bini, 'makanan anjing' lebih-lebih lagi sekarang di zaman rakyatnya kena 'rebus' kerana kenaikan harga barang dan kos sara hidup.Elok benor ler bagi teman si 'teres' ni masuk lokap dan di tahan dulu, sekurangnya kita tahu juga betapa 'hancing' mulutnya bila dah keluar. Jangan harap lepaih ni hang nak dapat undi dari 'rakyat' marhaen yang makan 'makanan anjing', 'teres' oi! Jangan harap ! hang memang 'busuk' !Teman pun marah sebenornya. Untuk memuaskan hati teman, teman pun cuba bertanya kepada jiran depan rumah teman, tentu ler dia seorang 'cina' tapi bukan ahli politik 'teres' macam teres tu, tapi seorang taukeh hypermarket paling besor di pusat bandar ni ! Dah nama pun jiran, tentu ler mesra labunnyer ! lebih-lebih lagi bila teman udah jualkan unit kedai teman yang teman beli dulu kepada dia, yang sekarang value hartanah itu udah mencanak RM500 ribu ! seronok sakan ler dia, tak sampai 3 tahun udah macam gitu nilai nyer, apa nak buat bukan rezeki teman, walaupun teman cuma dapat jual RM 355 ribu ajer, dah tolak hutang di bank ader ler 70% bersih tunai yang dapat, syukur Alhamdulillah ! Rezeki Allah bisik teman masa tu, yelah teman beli dulu baru RM185 ribu, tak rezeki namanyer ? kena tahu bersyukur.Hallo ! waah..! tauke manyak rajin kasi makan itu 'jackie' aa! Lagi itu jackie sudah banyak besaq ! sapa teman dari pintu pagar rumah teman bila nengok dia tengah kalut bagi makan anjing peliharaannya. 3 ekor yop! NUTRIEDGE ! Itu yang teman nampak pek makanan si 'jackie' . Wow ! packaging makanan anjing ni lagi dasat jika nak banding dengan packaging kuih 'bahulu' kepunyaan makcik Hasnah, taukeh bahulu tersohor di Parit Buntaq ni! Untung kau jadi anjing! dapat makan makanan mahal !Hari-hari mau kena bagi makan ini brand kaa taukeh ? soal teman. 1 minggu mau kasi kurang-kurang 4 kali makan maa. Ini anjing aa! ada kasi makan telor rebus kuah kari sama itu timun kaa taukeh! teman bertanya walaupun teman rasa soklan teman tu macam soklan bodoh jer! Tak kisahlah ! taukeh Tan bangun dan pandang muka teman. Mana boleh bagi anjing makan telor dengan timun maa! thieu na seng ! mana ada olang kasi ? Lagi itu kari manyak pedas loo ! Hang ada nampak ka, anjing ada makan itu makanan ? Itu olang makan loo ! Gua pun suka itu telor rebus, manyak syiookk..tenga masak punya, taruh sikit kicap, haiyaa..susah mau cakap ! Teman gelak kuat bila taukeh Tan ni pun suka makan makanan macam itu. Hahaha..Sebelum teman beredar, taukeh Tan boleh tanya pada teman, samada mau jual lagi kaa 1 lot kedai yang teman miliki di pusat bandar ni dan siap bagi pesan kalau mau jual jangan kasi lain olang. Cit! binawe punya taukeh Tan, tak patut betul ! kata hati teman. Kalau teman jual hilanglah side income teman tiap bulan, teman tau la dia sudah dapat 'cium' teman kasi sewa lot kedai teman tinggi, 4 ribu sebulan kepada 1 cina Penang. Teman jawab sambil sengih separuh masak, kalau taukeh mau, 1 juta ada berani ?? Lu gilaa kaaa ! hahahaa..teman ketawa !Balik citer 'makanan anjing'. Memang betul cakap orang dulu,"Untung jadi Cina di Malaysia ni." Kalau orang Melayu kena, takda siapa pun ambil peduli. Pakcik Mahfuz pun pernah kata baju dia bau macam ikan kering bila masuk dalam lokap. Tak siapa peduli. Tahanan ISA kononnya kerana keganasan, pun orang Melayu sikit-sikit yang sibuk. Masa tak dapat jumpa anak dia sebelum menghembuskan nafas terakhir pun, takde orang Cina sibuk. Memang Melayu suka menolong. Yang masih belum orang Melayu tolong adalah nasib yang menimpa Saiyidina Ali di pagi 19 Ramadhan dan nasib Saiyidina Husain di petang 10 Muharram.Teman minta sangat si 'teres' ni - mohon maaf atas keceluparan mulut busuknyer itu kepada semua orang miskin di Malaysia. Jangan la samakan makanan itu sama dengan 'makanan anjing'. Sesungguhnya teman cukup terasa ! Bagi memprotes cakap si 'teres bermulut busuk' mulai hari ini teman akan 'terbalik'kan gambar si 'teres' ini di blog teman, sehingga dia memohon maaf !Teman berjanji selepas permohonan maafnya dibuat, teman akan betulkan semula foto itu semula. Lawan tetap Lawan ! Jangan sampai makanan orang miskin dihina-hina ! Teman nak khabor juga disini, bairpun teman 'terbalik'kan gambar si 'teres' ni, tapi teman tidak 'aib'kan dia. Lihat ! walaupun terbalik, baju si'teres' tetap tidak terlondeh ke bawah, korang jangan harap dapat tengok bra yang dipakainya kaler aper? Tapi tidak ler macam dia suka hati nak 'aib'kan makanan macam 'makanan anjing'. Satu lagi jangan kata aku ni 'racist' pulak, pasai bantai si'teres', melayu pun aku bantai kalau celupar sangat mulut macam si mamat bukit bendera tu ? Lepas ni sapa lagi nak terbalikk..? artikel (perisik rakyat).

Friday, September 12, 2008

MP PAS Kesal dengan EXCO Negeri Kedah




POKOK SENA: Kegagalan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) menyelesaikan masalah pengurusan sampah di bandaraya ini khususnya di kawasan-kawasan kediaman sejak sekian lama ditempelak Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Tuan Haji Mahfuz Omar.


Dalam satu sidang media di rumahnya di Taman Satria, 5 September baru-baru ini, beliau menyifatkan perkara memalukan itu sebagai kelemahan MBAS yang sangat ketara dari segi kecekapan bekerja, komitmen dan kesungguhan untuk menangani isu tersebut
"Saya sudah hampir hilang kesabaran melihat masalah sampah ini apatah lagi timbul di tempat tinggal saya sendiri.

"Di setiap rumah ada longgokan sampah yang sudah berulat dan berbau busuk sejak 31 Ogos lagi," beritahunya.

Terangnya, beliau percaya MBAS tidak akan melakukan proses kutipan pada hari tersebut memandangkan hari cuti dan keesokannya, Sabtu juga merupakan hari cuti.

Beliau turut mendakwa MBAS juga gagal menguruskan tapak pelupusan sampah di Jabi dan membiarkan lebih sebulan tanpa operasi.

"Ini menunjukkan lembab, tidak efisyen, tidak ada semangat bekerja kepada pegawai-pegawai tinggi MBAS. Saya kira pihak Kerajaan Negeri harus meneliti hal-hal ini khususnya kedudukan Datuk Bandar kerana dilihat tidak mengambil apa-apa tindakan dan langkah perlu bagi mengatasi masalah pengurusan sampah yang berlarutan sehingga kini," ujarnya tegas.

YB Mahfuz turut melahirkan rasa kesal terhadap Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan kerana tidak menunjukkan komitmen untuk melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam kawasan bandaraya.



Ujarnya, beliau tidak nampak satu langkah yang bersungguh dan berkesan diambil oleh pihak exco tersebut untuk memberi pengarahan dan tindakan kepada MBAS seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.



Beliau turut menganggap tindakan MBAS berunsurkan sabotaj terhadap Kerajaan Negeri untuk membiarkan timbulnya rasa marah di kalangan rakyat terhadap Kerajaan Negeri Kedah khususnya kerajaan di bawah Pakatan Rakyat ini yang diterajui oleh PAS.



"Bagi saya Kerajaan Negeri harus mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelak satu tanggapan negatif.



"Saya menganggap ini bukan sahaja sabotaj kepada Kerajaan Negeri, ia juga adalah sabotaj terhadap sambutan Jubli Emas Tuanku Sultan Kedah dan menjejaskan bandaraya yang menjadi ibu negeri di mana sepatutnya berada dalam keadaan bersih," katanya yang turut mendakwa MBAS kini sudah dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Sampah'.



Mahfuz memberikan tempoh seminggu kepada MBAS untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tegas beliau, jika tidak berlaku sebarang perubahan yang memuaskan, beliau akan membuat laporan kepada polis, Jabatan Alam Sekitar, Badan Pencegah Rasuah dan Ketua Audit Negara.
"Saya minta supaya MBAS menyegerakan apa cara sekalipun sewa lori yang munasabah. Kita tidak mahu lagi lori yang buruk dan jika mengambil sampah pun mengalirkan air kotor ke jalan raya.



"Jadi mereka mesti menyewa lori seberapa segera dengan mengeluarkan peruntukan dan menyewa jentolak untuk ditempatkan di tempat pelupusan sampah," tegas beliau.
Tambah beliau, pengumuman oleh Kerajaan Negeri untuk membayar bonus kakitangannya dan membayar hutang Kerajaan Persekutuan baru-baru ini menunjukkan Kerajaan Negeri memiliki keupayaan kewangan.



Oleh itu, pinta Mahfuz, peruntukan yang munasabah juga perlu dikeluarkan untuk membeli lori atau menyewa dalam tempoh terdekat ini.



"Oleh kerana Kerajaan Pusat akan mengambil alih pengurusan sisa pepejal ini, maka saya rasa wajar sewa sahaja," cadangnya.



Beliau turut menuntut Kerajaan Negeri mengambil tindakan disiplin terhadap Datuk Bandar dan pegawai-pegawai tertinggi MBAS serta melakukan semula pengstrukturan MBAS.



"Semua ini berpunca daripada kepimpinan tertinggi MBAS. Saya melihat kepimpinan MBAS lebih komited untuk mengambil tindakan terhadap penjaja.



"Mereka sudah hilang arah, sama ada hendak ambil tindakan kepada penjaja atau mengatasi masalah kebersihan," katanya.



Mahfuz turut menuntut agar Kerajaan Negeri membuat penyiasatan audit terhadap MBAS, termasuk sejak dari Majlis Perbandaran Kota Star lagi.



"Lihat bagaimana wang hasil percukaian diperolehi dan geran yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat bagaimana mereka membelanjakannya.



"Adakah perbelanjaan itu menepati keperluan untuk menyediakan khidmat kepada rakyat atau perbelanjaan yang tidak menjurus kepada persoalan perkhidmatan," ujarnya mempersoalkan.
Ujar Mahfuz, tindakan beliau bukan sahaja sebagai seorang ahli politik tetapi juga pembayar cukai.



Bagi beliau, tanggungjawab untuk mengutip sampah bukan hanya kepada pembayar cukai pintu tetapi telah menjadi tanggungjawab kepada sebuah Majlis Bandaraya untuk memastikan kebersihan terjaga.



Menurutnya, keadaan seperti itu boleh menimbulkan kesan kesihatan apatah lagi kawasan perumahan yang beliau diami berada bersebelahan Hospital Sultanah Bahiyah. Tegasnya, persekitaran hospital seharusnya memiliki keadaan kebersihan dan kesihatan yang terjamin.



Mahfuz turut meminta Kerajaan Negeri 'mempertahankan diri' dengan menubuhkan audit dalaman untuk memberitahu kepada rakyat bahawa perkara tersebut berpunca daripada penyelewengan lalu dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri harus mengambil tindakan.



"Saya tidak teragak-agak untuk mengerah lebih ramai berkumpul di hadapan MBAS untuk lambakkan sampah, bukan ke pejabat, tetapi ke muka Datuk Bandar. Bagi saya ialah soal kepentingan pengguna dan rakyat harus diutamakan," tegas beliau membayangkan kemungkinan mengulangi tindakan simbolik yang pernah dilakukannya itu dahulu.


Pak Lah terkejut Muhyiddin pertikai pelan peralihan kuasa

Hairan sungguh la sekarang ini ketua cakap pun orang tak dengar..fening-fening fikir sendiri ler yer..



http://www.mstar.com.my

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan tempoh peralihan kuasa dengan mendakwa dua tahun adalah terlalu panjang.

Abdullah berkata beliau pelik bagaimana seorang anggota Kabinet yang juga anggota majlis tertinggi Umno boleh berbuat demikian sedangkan perkara itu telahpun dipersetujui oleh Kabinet dan MT sebelum ini.

“Saya terkejut apabila seorang anggota Kabinet saya boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. Dia kini mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan sesuatu yang telah pun dipersetujui Kabinet. Begitu juga keputusan itu juga telah dipersetujui MT,” kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia di sini.

Semalam, Muhyiddin (gambar) yang juga naib Presiden Umno berkata Abdullah patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Muhyiddin meminta Abdullah agar mengkaji semula pelan peralihan kuasa yang dipersetujuinya dengan timbalan beliau Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana tempoh yang ditetapkan itu terlalu panjang.

Abdullah, dua bulan lalu, mengumumkan rancangan untuk menyerahkan jawatan pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010.
Ini bermakna beliau akan tetap mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan Umno akhir tahun ini.

Abdullah yang jelas kurang senang dengan bentuk soalan mengenai isu itu berkata beliau bukan mahu terus memegang kuasa kerana “suka-suka”.
“Saya bukan mahu kekal kerana suka-suka. Saya ingin beritahu anda bahawa masih banyak lagi tanggungjawab dan kerja yang perlu saya selesaikan. Banyak lagi program yang saya telah janji kepada rakyat yang hendak saya siapkan.

“Saya mesti pastikan reform kepada badan kehakiman, polis dan Badan Pencegah Rasuah berjalan lancar. Saya juga sudah berjanji akan hapuskan kemiskinan tegar dan saya mahu pastikan itu berjaya saya capai,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meminta Muhyiddin untuk menjelaskan kenyataan yang dibuatnya di Singapura itu, Abdullah berkata: “Tidak perlulah tanya saya apa yang akan saya lakukan.”

Diminta mengulas cakap-cakap bahawa terdapat wakil rakyat Barisan Nasional di Negeri Sembila yang akan melompat parti, Abdullah menegur pemberita yang mengajukan soalan itu sambil berkata:

“Anda mahu saya beri komen terhadap khabar angin? Cukuplah. Anda semua mudah percaya khabar angin, kemudian cuba pula mengukuhkan lagi khabar angin itu dengan meminta orang lain memberikan ulasan mengenainya.”

Kehebatan Seorang Isteri dan Seorang Ibu.....

Pagi ini teman nak bercite sikit pasal orang perempuan yang bergelar Isteri dan Ibu....dari seorang yang bergelar suami...


"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki.. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang ye, jika isteri ada dirumah, kepala selalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata, FreeeDoMmmmm lah!! Hairan bin Ajaib, when dia betul-betul tiada dirumah, aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun.....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini, dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya.. So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! Hargai dan sanjungi la mereka sementara masih ada....

Saturday, September 6, 2008

ANAK PM DITAHAN DI AMERIKA???

teman terbaca dalam blog politica pasal anak PM tahan di AS betul ke? tak ada dalam berita utama pun? walau cam mana pun teman minta izin dengan blogger politica nak siarkan petikan tersebut ye....

http://politica-net.blogspot.com/

"Kini masuk hari ketiga tersebar luasnya berita mengenai anak lelaki PM, Kamaluddin Abdullah, diberitakan ditahan di sebuah lapanganterbang di Amerika Syarikat.Adakah kisah ini benar? Adakah benar Kamaluddin dikatakan ditahan kerana membawa wang tunai melebihi had yang diizinkan oleh kerajaan Amerika Syarikat? Adakah benar Kamaluddin juga ditahan kerana membawa senjata api?Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada Kamaluddin ke Amerika Syarikat menggunakan jet peribadinya atau menggunakan penerbangan komersil."

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadhan


tidak terlewat lagi untuk ku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam semoga amalan kita akan menjadi yang amat terindah dalam hari-hari mendatang.