Monday, August 17, 2009

H1N1..makin menganas...

Kita tau selsema babi dan makin menganas setakat ini 62 orang dah terkorban, masyarakat dah mula panik, sakit ape pun diorang sure gi hospital, sampai hospital bebaris sikit lah punya panjang dan berjam-jam dah lah tu dapat ubat demam, ubat batuk dan selsema kerana antiviral tamiflu ini tak boleh bagi sewenang-wenangnya, masyarakat pulak bising sebab tak tau peraturan penggunaannya dan bimbang takut dah terlambat cam kata menteri kesihatan semalam..adoii serabut kepala...masyarakat minta kerajaan ambil langkah macam Mexico tutup sekolah, universiti, kolej, kelab-kelab hiburan, tiada perhimpunan samada tertutup atau terbuka dan tempat-tempat orang ramai seperti komplek beli-belah, stesyen pengankutan awam dibuat semburan antibakteria, dan Mexico berjaya membendungnya kenapa kita tidak melakukan perkara yang sama.

Alasan pihak kementerian kalau sekolah ditutup pelajar akan berkeliaran, namun kita boleh mengawal mereka terutama ibubapa buat peraturan yang standard agak pergerakan keluar atau aktiviti di luar dilarang terus dalam tempoh tertentu masyarakat akan faham ape yang penting wabak ini dapat dihentikan, takkan kita biar 5 juta rakyat Malaysia menghidapi wabak ini baru nak ambil tindak seperti laporan WHO, itu yang dijangkit bagai mana pulak dengan kematian kalau ambil 0.1% kira-kira 5,000 orang akan mati, sedangkan sekarang dengan jumlah 3,857 kes dah 62 orang, ini dah 1.60%, ada analisa yang dibuat bahawa rakyat Malaysia yang akan mati kerana virus ini akan mencecah sehingga 28,000 orang. Tindakan perlu dilakukan dengan segera jangan biar..kalau terlambat dan tersalah percaturan kerajaan juga akan menanggung akibatnya, walaupun virus ini tidak bahaya tetapi ianya sangat serius...fikir-fikirkan lah...

No comments: