Wednesday, April 8, 2009

PR 4 - BN 1

Perlawanan ini belum lagi habis separuh masa pertama, namun BN telah di belasah 4 berbalas 1, separuh masa pertama masih jauh lagi nak habis, selepas kapten ditukar pun masih ketandusan dalam menjaringkan gol, selepas perlawanan terdahulu, sibuk suruh tukar jurulatih, pengurus dan pengerusi, macam-macam lagi cadangannya dan kapten pun dah jadi pengerusi dan telah memberi bonus dan macam-macam, malangnya semua hampeh ini kerana semuanya masih cara lama tak ada kemajuan langsung..malas la nak cite lagi kau orang fikirler ... ingat beli jiwa orang kira dah terrer sangat....teringat lagu...kau laksana bulan.. respect pemikiran Tan Sri P. Ramlee apa citenya semua memang berlaku....

Tuesday, April 7, 2009

Teori M A H A T H I R

SELEPAS TEORI RAHMAN TEORI HAMKA?

Warga siasah Malaysia mempunyai satu teori (baca: sistem meramal giliran) yang unik mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri di negara ini selama enam generasi mulai 1957. Sistem meramal giliran ini dikenali sebagai TEORI RAHMAN.Teori ini bukannya teori dalam ertikata ilmiah yang sebenar-benar. Ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama lazim Perdana Menteri Malaysia mulai dengan Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhir sekali perkataan (N) yang baru saja dipenuhi oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.Saya diperkenalkan kepada teori ini oleh sekumpulan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di era Datuk Harun Idris pada tahun 1973.
Bagaimanapun, tiada sesiapa mengetahui siapakah insan pertama yang mencipta teori berkenaan.Mengikut pendukung teori ini, bakal-bakal PM Malaysia selama enam generasi mulai 1957, adalah dari kalangan mereka yang pangkal namanya terangkum dalam abjad perkataan RAHMAN.Teori ini pernah menjadi polemik hangat di era Mahathir bila Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kata pendukung teori, Musa tidak akan menjadi PM kerana abjad pangkal namanya tidak menepati huruf A selepas M yang diisi oleh Mahathir.Bila Musa meletakkan jawatan dan Tun Abdul Ghaffar Baba mengisi kekosongannya, para pendukung teori ini mengatakan Ghaffar mungkin menjadi PM sesudah Mahathir.
Bagaimanapun proses politik menggantikan Ghaffar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh kerana abdaj di pangkal nama itu adalah A, maka pendukung teori itu yakin Anwar akan menjadi PM selepas Mahathir.Hajat Anwar tidak kesampaian. Proses politik meminggirkan beliau daripada teori RAHMAN. Tetapi, Abdullah pula yang mengisi abjad A dalam teori RAHMAN.Abjad terakhir N dalam teori RAHMAN ini dipenuhi oleh Najib semalam. Ini bermakna tamatlah curcuit teori RAHMAN ini.
Dengan itu, mungkin muncul pihak yang akan mengemukakan teori-teori lain bagi meramalkan siapakah PM Malaysia di masa akan datang? Mungkinkah muncul teori HAMKA – H=Hishamuddin. A=Ahmad Zahid Hamidi. M=Mukhiz. K=Khairy. A=????? –
ini dari blog Ruhanie Ahmad
Bagi teman lebih suka teori MAHATHIR - M- Mahyuddin, A- Ahmad Zahid, H- Hishamuddin, A- ???, T-????, H-???, I - Idris Harun & R- Razali(N. Pemuda)...hheee..hheee ape cam ada kena tak? yang tak di isi tu lu fikir ler sendiri....kalau isi semua, nampaknya teman jadi nujum pak belalang.....

Saturday, April 4, 2009

Welcome.....DSN

PM ke 6..
Tahniah ler DSN...
dulu ayah la nie anak pulak...rekod sudah tercipta ..Tahniah Ler Tun Rehah...Seorang Isteri dan Seorang Ibu yang hebat...mungkin lambat lagi ada wanita yang sehebat Tun...DSN amanat dah disandang janji telah terucap...ingat ler harapan orang pahang dan rakyat malaysia terhadap DSN amat tinggi jangan kecewakan kami jadikan ler malaysia ini makmur dari segala aspek, Tahniah ler....DSN

Selamat Tinggal ku ucapkan....

Lambaian Seorang Negarawan.....

Selamat tinggal ku ucapkan semoga kau bahagia..cuma pesanku jangan lupa kirimkan khabarmu...

itu lah lirik lagu pamitan yang didendangkan oleh borey suatu ketika dulu... Tun Abdullah Ahamd Badawi(janggal sikit nak sebut TUN biasa Datuk Seri..) dan Tun Jeanne Abdullah. Terima kasih ler kerana memimpin Malaysia walaupun cabaran dan halangan yang dihadapi begitu banyak namun untuk menjadi pemimpin itulah santapannya..bukan senang hoi kalau tak kuat bukan setakat tumbang, leper cam kena roll, Tun Jeanne sikap yang ada pada diri Tun kalau diamalkan oleh setiap Isteri PM alangkah baiknya.....Tahniah Tun Jeanne..Tun Abdullah Jadillah negarawan yang sentiasa dikenang pada hari mendatang...Tahniah Tun Abdullah....

Selamat Tinggal ..........Tun Abdullah ..Tun Jeanne...