Friday, November 6, 2009

MCA..oh ..MCA...

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20091106005302/Article/

Liow serah kepada peguam kaji tindakan cabar ROS

Parti berhak adakan satu lagi EGM sebagai hormati perlembagaan

PUTRAJAYA: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyerahkan kepada peguamnya untuk mengkaji tindakan selanjutnya selepas beliau berhasrat mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden parti itu. Liow yang dilantik sebagai Timbalan Presiden oleh Jawatankuasa Pusat parti itu pada 15 Oktober lalu ketika jawatan itu dianggap kosong, melahirkan rasa tidak puas hati dan mendakwa keputusan ROS itu melanggar perlembagaan MCA dan berhasrat untuk membawanya ke mahkamah.

Menurut ROS, kekosongan jawatan itu tidak berlaku kerana keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya Dr Chua dilucutkan seperti diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA.
Mengenai kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng untuk tidak akan memanggil satu lagi EGM seperti yang diminta oleh 16 anggota Jawatankuasa Pusat minggu lalu bagi memberikan laluan untuk pemilihan baru parti, beliau berkata mereka berhak memanggil satu lagi EGM. "Saya fikir untuk tuntutan, mereka ada hak untuk memanggil EGM. Begitu juga setiausaha agung dan juga sebagai seorang pegawai parti, mereka hendaklah menghormati perlembagaan parti itu.

"Sebarang hak yang diperuntukkan di bawah perlembagaan, mereka hendaklah menghormati hak itu," katanya. Liow juga berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan supaya MCA perlu mewujudkan 'tempoh bertenang' bagi membolehkan semua pemimpin kanannya berunding untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu.
Ape yang nak pening-pening... presiden buat ler pemilihan semula kalau kita betul tak perlu takut...kesian kat kawang-kawang lain ....kat PM ...kat kaum cina

Dalam rumah pun boleh hilang...????





KUANTAN: Ahli Dewan Negara, Senator Ng Fook Heng kerugian kira-kira RM171,000 apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner miliknya dicuri di rumahnya di Lorong Galing 104, Jalan Air Putih, di sini, semalam.


Beliau menyedari kehilangan kenderaan itu yang baru dibelinya pada 19 September lalu ketika hendak menghantar anaknya ke sekolah kira-kira jam 7.10 pagi. Beliau mengakui terkejut dengan kejadian itu dan percaya mereka yang terbabit adalah pencuri profesional kerana dapat membuka pintu pagar elektroniknya.


Sehubungan itu, beliau membuat laporan mengenai kehilangan keretanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini, jam 1 tengah hari. "Saya terkilan kerana kereta yang baru dibeli tidak sampai dua bulan yang lengkap dengan sistem keselamatan boleh dilarikan pencuri. "Lebih menghairankan, kejadian ini berlaku di dalam rumah dan pintu pagar rumah juga dikunci menggunakan sistem elektronik," katanya pada sidang media di sini.


Ng yang baru dilantik sebagai Senator pada 6 Mei lalu juga bimbang kenderaan itu yang digunakan untuk urusan rasmi serta mempunyai lambang Ahli Dewan Negara disalahgunakan penjenayah terbabit.
Ape dah jadi kat negara kita ini kalau barang dalam rumah pun kena rembat..mana yang selamat gi kita nak simpan barang..jangan jadi suami/isteri dan anak kita kena rembat kat rumah dah ler...

Kakitangan Awam tak bermoral...????

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20091106010731/Article/index_html


KUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral.
Pada masa sama, beliau memahami kesulitan masalah ekonomi negara yang tidak stabil, namun itu hanyalah permintaan yang dilakukan mewakili kongres, bukannya mendesak atau perbuatan melampau untuk mendapatkan bonus berkenaan. Katanya, beliau terima dan hormati teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun sedikit kecewa kerana permintaan Cuepacs itu dilabelkan salah dari segi moral.

“Perlu faham, bonus itu hanya permintaan bagi menyuarakan hasil mesyuarat kongres pada semua peringkat termasuk Sabah dan Sarawak, kalau tak mahu bagi, Cuepacs tak mengamuk.
“Bukannya kita desak kerajaan sehingga perlu menunaikan bonus dua bulan itu. Apabila kerajaan mengumumkan RM500 untuk semua kakitangan dan bekas pesara awam, Cuepacs ingat ada imbuhan susulan daripada bajet yang dibentangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri tindakan Cuepacs menuntut dua bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya adalah salah dari segi moral.

Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya membandingkan kakitangan awam dengan swasta dari segi kemudahan termasuk bonus tahunan kerana ia mempunyai jarak yang luas. “Setiap tahun kakitangan swasta memperoleh bonus yang banyak dan Cuepacs hanya meminta bonus dua bulan gaji.
“Permintaan itu dibuat oleh saya selaku presiden bagi memperjuangkan hak kakitangan awam dan tidak pernah terfikir untuk memperoleh populariti di kalangan penjawat awam,” katanya. Beliau berkata, apa yang dilakukan itu mengikut landasan betul dan menganggap tidak salah sekiranya setiap persatuan yang ada membuat permintaan terhadap pihak kerajaan.

“Saya meminta pada landasan yang betul, saya pun tidak faham maksud Perdana Menteri yang menganggap permintaan saya adalah salah dari segi moral.
“Namun, sebagai seorang presiden yang sudah bersama Cuepacs sejak 35 tahun lalu, teguran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperjuangkan hak kakitangan awam pada masa akan datang. “Paling penting, sebagai kakitangan yang paling dekat dengan kerajaan, mereka wajar memperoleh kemudahan yang sepatutnya,” katanya.
ape ler kakitangan kerajaan nie..korang keje ler jangan nak demand lak.. kerajaan kan boss korang berapa kerajaan bagi ambik ajer, korang tu kuli ajer jangan nak pandai-pandai lak, kalau tak nak gak korang 1.2 juta tu letak jawatan boleh ganti dengan orang lain, ramai gi budak lepasan universiti yang tak keje...kerajaan boleh bayar rendah gi gaji pada budak-budak ini dari apa yang korang dapat tiap-tiap bulan..berapa banyak kerajaan boleh save dari overhead expenses tiap-tiap bulan..sungguh tak bermoral kau orang ini...dengan boss pun kau ugut .. ape korang ingat kalau korang tak ade negara ini boleh lingkup...lu fikir ler sindiri...