Monday, May 25, 2009

semakin banyak yang 2...


MURUGIAH yang mendakwa Presiden PPP yang baru dijulang
ahlinya selepas Mesyuarat Agung Khas di PICC, Putrajaya, semalam.


PPP kecoh, kini ada dua Presiden



PUTRAJAYA: Krisis kepemimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) bertambah runcing apabila parti itu kini mempunyai dua Presiden selepas Datuk T Murugiah yang dipecat dua minggu lalu, dilantik sebagai Presiden baru dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini, semalam.


Datuk M Kayveas yang ketika itu menghadiri perhimpunan agung PPP Johor, bagaimanapun menegaskan beliau masih Presiden PPP kerana pelantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti. .

Macam macam ler sekarang ini... dulu sibuk kata MB Perak ada 2, Kerajaan Perak ada 2, Speaker DUN Perak ada 2, kini juga berkaitan dengan Perak gak tapi, bergelar Dato' dari Perak dah istihar jadi Presiden PPP , Presiden PPP pun dah ada 2, nampaknye cam kebetulan lak semua dari Perak, Presiden PPP satu lagi tu dulu bertanding di Taiping, Perak. Hebat orang Perak semuanye berdua-dua, kalau beristeri dua boleh diterima lagi jangan bersuami dua udah ker...

Tuesday, May 12, 2009

DS Nizar kekal MB

DS Nizar melambai kepada penyokongnya


Keputusan telah dibuat maka semua kena patuh. DS Nizar kekal MB perak dan bergembira sekalian penyokongnya. Namun adakah kemelut di Perak akan berakhir? Adakah Rakyat Perak akan menjalani kehidupan yang lebih harmoni selepas ini? Teman rasa ini cuma permula yang kecil, banyak lagi perkara yang akan berlaku dan ketenangan politik ini tidak akan berakhir seperti yang diharapkan, cuma satu saja harapan teman agar semua pihak yang telibat akur di adakan satu pilihanraya yang baru agar kemelut ini dapat diselesaikan. Mungkin ada pihak yang berfikiran yang sebaliknya namun episod ini tidak akan berakhir jika kita pilih jalan alternatif lain, biar rakyat Perak buat pilihan mereka sendiri.

Wednesday, May 6, 2009

Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

JALUR GEMILANG

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Terasing

Sudirman - Terasing

Ape dah jadi??????

JAMILAH Selamat (gambar kiri) manakala gambar kanan,
suami mangsa, Razali Ahmad, 41, dan dua anak mereka, Nor Asyikin Salleh, 7,
dan Mohd. Khairi Ridwan Salleh, 5.



TRAGEDI RAGUT

JOHOR BAHRU 5 Mei – Jenayah ragut kini semakin kejam dan tidak mengenal mangsa!
Sikap penjenayah ragut yang tidak berperikemanusiaan ini mengakibatkan seorang wanita yang sedang hamil dua bulan maut selepas koma dua hari akibat diragut.


Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam Ahad lalu di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, mangsa, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia 7.35 pagi ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas koma selama dua hari akibat diragut..........


dari Utusan Malaysia


Sampai bila ianya harus berterusan....tolonglah... hentikan semua nie..