Friday, November 6, 2009

Dalam rumah pun boleh hilang...????





KUANTAN: Ahli Dewan Negara, Senator Ng Fook Heng kerugian kira-kira RM171,000 apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner miliknya dicuri di rumahnya di Lorong Galing 104, Jalan Air Putih, di sini, semalam.


Beliau menyedari kehilangan kenderaan itu yang baru dibelinya pada 19 September lalu ketika hendak menghantar anaknya ke sekolah kira-kira jam 7.10 pagi. Beliau mengakui terkejut dengan kejadian itu dan percaya mereka yang terbabit adalah pencuri profesional kerana dapat membuka pintu pagar elektroniknya.


Sehubungan itu, beliau membuat laporan mengenai kehilangan keretanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini, jam 1 tengah hari. "Saya terkilan kerana kereta yang baru dibeli tidak sampai dua bulan yang lengkap dengan sistem keselamatan boleh dilarikan pencuri. "Lebih menghairankan, kejadian ini berlaku di dalam rumah dan pintu pagar rumah juga dikunci menggunakan sistem elektronik," katanya pada sidang media di sini.


Ng yang baru dilantik sebagai Senator pada 6 Mei lalu juga bimbang kenderaan itu yang digunakan untuk urusan rasmi serta mempunyai lambang Ahli Dewan Negara disalahgunakan penjenayah terbabit.
Ape dah jadi kat negara kita ini kalau barang dalam rumah pun kena rembat..mana yang selamat gi kita nak simpan barang..jangan jadi suami/isteri dan anak kita kena rembat kat rumah dah ler...

No comments: