Monday, May 25, 2009

semakin banyak yang 2...


MURUGIAH yang mendakwa Presiden PPP yang baru dijulang
ahlinya selepas Mesyuarat Agung Khas di PICC, Putrajaya, semalam.


PPP kecoh, kini ada dua Presiden



PUTRAJAYA: Krisis kepemimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) bertambah runcing apabila parti itu kini mempunyai dua Presiden selepas Datuk T Murugiah yang dipecat dua minggu lalu, dilantik sebagai Presiden baru dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini, semalam.


Datuk M Kayveas yang ketika itu menghadiri perhimpunan agung PPP Johor, bagaimanapun menegaskan beliau masih Presiden PPP kerana pelantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti. .

Macam macam ler sekarang ini... dulu sibuk kata MB Perak ada 2, Kerajaan Perak ada 2, Speaker DUN Perak ada 2, kini juga berkaitan dengan Perak gak tapi, bergelar Dato' dari Perak dah istihar jadi Presiden PPP , Presiden PPP pun dah ada 2, nampaknye cam kebetulan lak semua dari Perak, Presiden PPP satu lagi tu dulu bertanding di Taiping, Perak. Hebat orang Perak semuanye berdua-dua, kalau beristeri dua boleh diterima lagi jangan bersuami dua udah ker...

No comments: