Tuesday, January 27, 2009

boleh kita menegur mereka?????

Dalam keadaan politik kita hari ini yang makin bercelaru, BN sebagai teras politik negara kini semakin pudar dalam ingatan pengundi-pengundi terutama pengundi muda, yang tua tu masih lagi mengingatinya itu pun kalau tak nyayuk kala tidak makin kurang ler jumlah undi, ada dikalangan kawan-kawan yang bertanya kenapa para pemimpin BN ini masih tak nak ambil iktibar selepas 2 PRK, BN tewas. cam-cam ler pendapat yang keluar dan yang paling ketara pemimpin BN ini EGO dan tak boleh di tegur dan cam ler malaysia ini macam bapak dia yang punya......... TAK LER NAK DI TEGUR SIKIT, mungkin betul gak kot...

Hari ini, ketika teman membelek buku-buku yang dikeluarkan oleh anak sedara teman di rumah mak teman, ternampak ler satu tajuk karya Yahya Ismail yang di cetak pada Februari 1987, hampir kira-kira 22 tahun dulu bertajuk "SIAPA PRESIDEN UMNO 1987 - MAHATHIR - TENGKU RAZALEIGH" teman tertarik pada muka surat 148 yang menyatakan " ....Kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO mesti juga sanggup menerima teguran dan kritikan yang membina dari berbagai golongan hatta dari ahli-ahli UMNO sendiri. Pucuk pimpinan dan para menteri bukan malaikat yang tidak berdosa. Mereka juga punya kelemahan yang menjolok dan nafsu untuk berkuasa selama-lamanya. Mereka juga ada kepentingan diri yang ketara dan tak ketara. Sebagai pemimpin UMNO mereka mesti bertanggungjawab kepada ahli-ahli UMNO dan perjuangan parti. Ahli - ahli UMNO pula mesti sanggup mengkritik dan menegur para pemimpin mereka supaya tidak menyeleweng, rasuah, mengamalkan nepotisme dan klikisme. Jangan bijak berpidato dan berpantun seloka dalam perhimpunan Agung setiap tahun tapi tidak berani terus menerus menegur pucuk pimpinan..." kalau nabila cakap lu pikir ler sendiri....

silap cakap pun boleh tukar ke sabah ini lak nak tegur .......fikir ler sendiri...

No comments: